28 Nov 2014

RAHSIA 79 dan FAKTA YANG MENGEJUTKAN TENTANG WANG KERTAS

Salam ceria,

Emas adalah aset yang sentiasa berharga sepanjang zaman, ia bukan seperti wang kertas yang sentiasa dilanda inflasi dan menyebabkan nilainya susut sepanjang waktu.


Harga emas nilainya tidak berubah, jika Rasulullah SAW pernah membeli kambing dengan harga satu dinar emas 1500 tahun dulu, sekarangpun di Malaysia dan di negara lain, nilai seekor kambing masih boleh didapati dengan harga sedinar emas.

Manakala nilai 50 sen yang dibawa pelajar sekolah tahun 1980an dulu, yang boleh membeli nasi lemak serta kuih dan air sirap, sekarang ini sudah bernilai rm4-rm5 untuk mendapatkan makanan yang sama. Alangkah cepatnya duit kertas menyusutkan!!!!..

Itulah sebabnya emas disebut dalam HADIS RSAW

 Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Apa kaitan nombor 79 dengan emas?

Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbolAu (L. aurum) dan nombor atom 79


Menurut ilmu metafizik, 79 membawa maksud pengaruh atau teman yang membawa kpd kebahagiaan dan kekayaan.

Jadi secara tidak langsung, no 79 memberi maksud sessuatu yang sangat bernilai dan kerana itu ia disimbolkan dengan no 79. Adakah ahlia kimia tahu maksud 79 mengikut ilmu metafizik, tentu sekali tidak. Ia bukan kebetulan tapi ilmu Tuhan yang tersirat yang diilhamkan pada hambaNya.

Bagaimanapun, di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua betapa tertipunya kita dgn wang kertas. 



Jom kita saksikan video di bawah ini yang menunjukkan bagaimana kita tertipu dengan nilai wang kertas, sama-sama kita saksikan.

AMAT MENGEJUTKAN DAN MENAKUTKAN!!!!!!!!

Saya menyeru mari kita sama-sama menyimpan emas dan perak untuk menyelamatkan aset kita.


25 Nov 2014

KOD RAHSIA MH 17

Pagi ini saya ditag video oleh seorang rakan fb tentang video berkait dengan MH17...


Dalam sesi rakaman terakhir video ada ucapan dari Pengarah IMF berkaitan perancangan mereka bagi tahun 2014.

Beliau menyebut tentang numerologi (nama lain untuk metafizik dari sudut ilmu barat)..
Ia berkaitan dengan angka 7.

( 7menurut tafsiran metafizik melambangkan "pengikut, pengaruh,networking, fenomena")

Beliau menyatakan 2014 = 214 = 2 + 1 + 4 = 7
Meringkaskan penjelasan, dia cuba memberi hint bahawa thn ini bermula perancangan lebih aktif untuk IMF (baca proksi Dajjal) utk meluaskan pengaruh, follower dan mewujudkan fenomena.

MH370 = 37 = aktif atau tenaga utk mencari pengaruh, follower dan mewujudkan fenomena.
MH 17 = 17 = pengurusan @ leadership ke arah pengaruh, pengikut, networking dan fenomena.

Jadi apakah kebetulan semua itu berkaitan dgn 7?...cuma yang saya pelik mengapa MALAYSIA yang dijadikan sasaran?

Apakah di sini lahirnya Imam Mahdi?




17/7
Mh 17
Mh 37 = 777
Boeing 777

23 Nov 2014

RAHSIA NOMBOR SECARA UMUM

Mari saya kongsikan makna di sebalik nombor 1 - 9

Bagi yang diberi rezeki kefahaman, mereka boleh menggunakan makna ini untuk memahami rahsia nombor yang pelbagai..tidak semua orang mampu mentafsirkan penomboran, jika otak tengah belum diaktifkan lagi.



Hendak tengok kefahaman dan keaktifan otak tengah pembaca?

Cuba hafal makna di sebalik nombor ini dahulu.

1 - Allah, Ketua, Peminpin, Pengurusan

2 - Suara, Hebahan, Marketing

3 - Aktif, Pelaburan, Tenaga

4 - Ilmu, Perancangan, Sistem,

5 - Peluang, Kemanusiaan, HR, Inovasi

6 - Rezeki, Kewangan,

7 - Pengaruh, Fenomena, Networking

8 - Tanggungjawab, Perkhidmatan

9 - Kebahagiaan, Kasihsayang, Kejayaan,  Branding


Ayat 269  boleh ditafsirkan sebagai :

"Hebahan berkaitan rezeki(hikmah) yang membawa kebahagiaan dan kejayaan (Kebaikan yang banyak)".

Selamat mencuba!!!!!!!!

RAHSIA POLA NOMBOR 123

Jika dalam pola tarikh lahir anda kombinasi 123 ini membawa maksud anda ada kekuatan pada komunikasi/suara.


1 2 3 @ 1 2 bermaksud :


  • Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
  • Boleh bercakap dengan lancar dan pantas
  • Kadangkala bercakap kosong
  • Kadangkala tidak boleh mengawal mulut atau terlepas cakap/kurang pandai bergurau
  • Boleh berhujah/berdebat
  • Berkarisma dalam pengucapan awam.
  • Boleh menjadi guru, pensyarah, ahli politik, sales person.
  • Bakat dalam menulis, melukis (untuk orang kurang upaya)
Mungkinkah anda orang yang bertuah itu..sebab bakat "public speaking" itu satu alat yang baik untuk segala bidang kerjaya.

21 Nov 2014

RAHSIA 4 DIGIT TERAKHIR IC ANDA


Di dalam kajian PAKAR METAFIZIK  mendapati 4 digit terakhir dalam KAD PENGENALAN anda (untuk penduduk Malaysia) mempunyai petunjuk tertentu untuk diri anda.


 Contohnya; 4 digit terakhir no kad pengenalan;

5750 - adalah seorang Tan Sri (pola 57 ialah bergaul orang kenamaan).
5633 - adalah seorang pemain forex yang cekap (pola 633 iaitu pelaburan).

5477 - adalah seorang berkaitan kesihatan  (54) dan orang ramai (77). 

BAGAIMANA ILMU MSP BOLEH MEMBANTU?

Salam ceria,

Pakai baju warna apa hari ini?..oren?...jika oren, tentu tuan cik puan rasa berenergi dan penuh dgn idea baru..




Apapun, banyakkan berdoa yang baik-baik dan berfikiran positif..jangan biarkan aura negatif menyelubungi diri..



Buang rasa marah, rasa sedih, rasa geram...positifkan diri dengan pergi merehatkan minda dengan melihat pemandangan cantik, berrekreasi dan sebagainya.



Window shoppingpun boleh...:)





Baiklah saya nak berkongsi sedikit dengan apa yang ilmu metafizik boleh membantu pembaca semua.


Jom baca ye.


1E - Explore Your Potential


Iaitu menyelidik potensi kekuatan dan kelemahan anda dari pola-pola pernomboran tarikh lahir, nama dan nombor handphone serta plet kenderaan. Dengan ini memudahkan anda kenali potensi yang belum anda gunakan sebelum ini seperti pola 573, 426 dan seumpamanya. 


2E - Engineer Your Life Direction / Destiny 



Iaitu membangunkan infrastruktur dan strategi baru untuk hidup anda menggunakan kaedah arah, kitaran tahunan, kaedah cari hari dan masa untung. 


3E - Enhance Your Self Worth


Iaitu membangunkan kemantapan diri dari teknik pembetulan sahsiah diri dari teknik 459, 729 dan seumpamanya supaya anda yakin dengan kemampuan dan keupayaan diri anda untuk mencipta kejayaan. . 


4E - Empower Your People 


Iaitu dari teknik gabungan untuk kenali gabungan yang berpotensi bagus serta bagaimana menggunakan orang lain untuk menjayakan potensi anda.  Juga bagaimana untuk mengenali / menjadikan rakan kongsi/ teman anda satu cara untuk membantu anda berjaya. . 


5E - Enrich Your Life 


Iaitu menggunakan teknik metafizik untuk tingkatkan tenaga metafizik untuk berjaya seperti penggunaan teknik dan bahan metafizik seperti batu gemstone/ kristal, waktu/ teknik berdoa dan seumpamanya. 



6E - Enjoy Your Day! 

iaitu bagaimana menggabungkan kesemua teknik yang dipelajari dan merealisasikan strategi kejayaan anda supaya anda beroleh kejayaan dan anda menikmati kejayaan itu dengan baik.




Ok selamat berhari minggu semua.

20 Nov 2014

RAHSIA ANGKA 769

Angka 7 sering dikaitkan dengan tarikan, pengaruh dan penyokong. 

Angka 6 pula memberi maksud rezeki dan kekayaan. 


Manakala angka 9 dikaitkan dengan kejayaan, menonjol, dan status tinggi. 


Gabungan ketiga-tiga angka ini memberi maksud yang kuat dan tidak salah kalau saya katakan, mampu menarik rezeki ke arah kita secara sedar, mahupun tanpa sedar. 


Lihat dan renungi ayat Al Quran di bawah :




18 Nov 2014

WARNA AURA MENGIKUT HARI

Jom saya kongsikan mengenai AURA mengikut hari, artikel ini saya ambil dari blog tuan Hilmi, http://voztalentsolutions.com.my/?p=226

ISNIN (Putih)
Maksudnya: Kesucian Rohani. Hari Isnin adala hari untuk Meeting atau Mesyuarat untuk merancang pada minggu ini.

SELASA (Merah Jambu/ Ungu) 
Maksudnya: Kasih sayang/ Tumpuan. Juga sebagai warna terapi kerana hari selasa adalah hari yang panas di mana Allah  mencipta binatang berbisa di bumi pada hari ini dan Anak Nabi Adam Habil& Qabil juga berlaku kisah pergaduhan dan pembunuhan di antara mereka pada hari ini. Sesiapa yang lahir pada hari ini akan mengalami sikap panas baran dan mudah marah kerana hari Selasa ialah hari yang panas.
Pada hari ini kurang atau tidak digalakkan untuk berjumpa orang ramai hanya melakukan Operasi Kerja sahaja dan selesaikan apa yang patut.

RABU (Biru) 
Maksudnya: Perhubungan/ Komunikasi. Pada hari ini hari untuk “Closed- Deal” setelah perjanjian di buat pada hari isnin atau hari-hari sebelum hari Rabu. Untuk appointment atau berjumpa orang ramai sangat digalakkan pada hari ini kerana hari ini ialah hari kekuatan untuk komunikasi.

KHAMIS (Kuning/ Oren) 
Maksudnya: Pemikiran/ Tenaga.  Pada hari ini hari untuk menyelesaikan apa jua yang tertangguh seperti menjelaskan hutang dan juga boleh sebagai hari “Closed- Deal”. 

JUMAAT (Hijau/ Turqoise) 
MAksudnya: Keseimbangan. Hari Jumaat dikenali sebagai hari untuk ” Post-Mortem” cek kembali apa yang dilakukan pada minggu ini dan adakah sasaran tercapai. Juga hari untuk bermuhasabah diri dan memohon keampunan atas segala dosa dan kesilapan yang telah dilakukan. 

SABTU (Merah/ Merah Hati) 
Maksudnya: Keberanian/ Tuah/ Kemewahan. Hari ini adalah hari untuk mencuba sesuatu yang baru atau mendalami sesuatu ilmu yang baru. Juga boleh dikatakan hari yang santai untuk berehat bersama keluarga, menonton wayang dan apa jua aktiviti baru yang ingin dilakukakan sesuai pada hari Sabtu hari yang santai.

AHAD (Hitam)
Maksudnya: Gabungan/ Istirehat.Hari Ahad adalah hari untuk merancang aktiviti pada minggu hadapan dan mengumpul segala kekuatan dan tenaga untuk bergerak aktif bermula Isnin.Hitam kerana untuk block segala aktiviti supaya tenaga dapat dikumpulkan dan dapat merancang sebaik mungkin untuk minggu hadapan.

KOD RAHSIA MH 370

Tiba - tiba hari ini saya terfikir untuk melihat makna di sebalik nombor MH 370.
Apa ada pada nombor  37?

3 membawa maksud Aktif, Pelaburan
7 membawa maksud Fenomena, Pengaruh, Networking.

Selalunya no 37 ini melambangkan sesuatu yang menghasilkan pengaruh yang besar, dan ia mungkin membawa FENOMENA.

MH = 48

4837 membawa maksud "Perancangan yang bertanggunjawab mencetuskan FENOMENA"

Maka itulah yang berlaku atas kehendakNya.

Wallahualam.


17 Nov 2014

ILMU METAFIZIK MENAJAMKAN RASA BERTUHAN

Sering kali kita belajar tentang sesuatu ilmu terutama ilmu dari "barat", dan tanpa kita sedar kita tidak kaitkan langsung dengan rasa bertuhan.
Kita seakan mensekularkan ilmu itu dan memisahkannya dari agama..Sedangkan segala ilmu di dunia ini adalah milik Allah jua hatta ilmu sihirpun.
Sejak saya membuka minda untuk menerima ilmu metafizik, saya semakin merasakan lebih faham tentang diri dan kehidupan.
Benarlah kata hukama," jika engkau mengenali dirimu dengan sebenar-benarnya maka engkau akan kenal dan dapat merasai kehebatan dan keagungan penciptamu iaitu Allah SWT".
Kita akan semakin faham dengan percaturan Allah terhadap diri kita, design Allah itu ke atas hambaNya adalah sangat adil..terpancar kasihsayangNya kepada kita selaku hambaNya.

Benarlah sekali doa ini,
"Tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya hamba Mu ini termasuk golongan yang menzalimi diri sendiri"

Sesungguhnya memang benarlah segala keburukan itu datang dari kita sendiri yang tersilap membuat pilihan dikeranakan tidak kenal Tuhan dan diri sendiri... manakala segala kebaikan itu datang dari Allah jua.

Wallahualam.

METAFIZIK BUKAN SYIRIK

Salam ceria,

Saya Dr Hapiza, saya suka untuk berkongsi ilmu metafizik dengan pembaca blog ini..sebenarnya sudah lama saya tidak berblog, hari ini saya ambil keputusan untuk kembali berblog dengan blog baru ini.

17 11 2014

Semuga pembaca blog ini mendapat manafaat dari blog ini...jangan malu-malu untuk hantar komen atau pertanyaan. Bagi yang berminat untuk dapatkan coaching mengenai metafizik, sila hubungi saya.

Sekian buat kali ini.

Ilmu Metafizik bukan syirik ye..saksikan video ini..



METAFIZIK DI HATIKU...

KAEDAH WARNA DAN ELEMEN IKUT NO KOD DIRI





16 Nov 2014

RAHSIA NOMBOR ASAS 7 DAN 4

Dalam sesi coaching semalam, seorang peserta yang mempunyai root number 7 memperihalkan keinginannya,

"Saya sebenarnya berminat nak sambung PhD namun setakat ini tak ada kesempatan"

Bila di gali dan ditelusuri "pattern" dirinya, beliau lebih sukses jika memantapkan "networking" dalam bisnes dan dunia politiknya. Orang no 7 berkarekter pemimpin dan ada karisma.


Orang yang sesuai buat PhD ialah orang yang ada root number 4, sebab 4 itu melambangkan ilmu, perancangan dan kebijaksanaan..orang nombor 4 sangat fokus dan teliti bila menimba ilmu..mereka sangat bergantung pada facts and figures..mereka degil dan boleh bangkit dengan cepat dari kegagalan..ini ciri-ciri yang baik bagi seorang yang menjadi PhD candidate.


Saya tidak kata org root number lain tidak sesuai buat PhD..tetapi karekter orang no 4 memang serasi dengan ILMU..ada banyak pattern lain lagi yang boleh digali dari sudut metafizik penomboran.



Jom lahh join coaching metafizik..


ILMU METAFIZIK BERKONGSI RAHSIA (7)


Dalam sesi coaching semalam, seorang peserta yang mempunyai root number 7 memperihalkan keinginannya,

"Saya sebenarnya berminat nak sambung PhD namun setakat ini tak ada kesempatan"

Bila di gali dan ditelusuri "pattern" dirinya, beliau lebih sukses jika memantapkan "networking" dalam bisnes dan dunia politiknya. Orang no 7 berkarekter pemimpin dan ada karisma.


Orang yang sesuai buat PhD ialah orang yang ada root number 4, sebab 4 itu melambangkan ilmu, perancangan dan kebijaksanaan..orang nombor 4 sangat fokus dan teliti bila menimba ilmu..mereka sangat bergantung pada facts and figures..mereka degil dan boleh bangkit dengan cepat dari kegagalan..ini ciri-ciri yang baik bagi seorang yang menjadi PhD candidate.


Saya tidak kata org root number lain tidak sesuai buat PhD..tetapi karekter orang no 4 memang serasi dengan ILMU..ada banyak pattern lain lagi yang boleh digali dari sudut metafizik penomboran.



Jom lahh join coaching metafizik..





RAHSIA NOMBOR 25






Apa ada pada nombor?...mengapa bilangan Rasul 25 tidak 40 atau 21..
Kerana angka 25 mengikut kaedah metafizik boleh ditafsirkan sebagai "suara reformasi".

Reformasi itu membawa maksud tajdid atau pembaharuan..
rasul itu adalah mujadid ...

Wallahualam.

PERKONGSIAN ILMU METAFIZIK aka HUMAN CODING PROGRAM


Hari ini sesi coaching menarik sekali..banyak perkara baru yang saya perolehi ilmunya hari ini..saya tidak menjalankan sesi coaching tetapi saya serahkan pada tuan muda Hilmi Idris , pengacara Daei Milinea tv3.




Saya sebagai pemerhati dan pelajar yg ingin memantapkan ilmu metafizik..bagaimanapun hari ini baru saya sedar..saya ada instinct dan firasat yang baik..bakat itu yang menyebabkan ilmu metafizik yg dipelajari itu menjadi semakin mantap...saya boleh mentafsir beyond numbers...


Adakah ia membuat saya rasa seronok?..ia menakutkan saya...sebab bila "terbuka" sesuatu yang "tertutup" bermakna saya harus banyak menyimpan rahsia..cuma bila diperlukan sahaja saya akan "membuka" dengan niat membantu org yg inginkan pertolongan.


Selain dari itu, biarlah saya sibuk membaiki diri sendiri dari sibuk melihat orang lain..saya terlalu banyak kelemahan dan tidak sempurna..yg perlu dibantu dan wajib dibantu ialah diri saya sendiri.

Ada perawat dan pengamal alternatif yang ada bakat ini...tetapi tuan cikpuan harus hati-hati sebab ada antara mereka gunakan khidmat atau ada khadam jin...kaedah ini juga boleh "membuka" apa yg "tertutup"...dan ia bawa kesan "istidraj" yg implikasinya tidak bagus.

KISAH SEMASA SARAPAN

Sedang saya bersarapan, saya terlihat no telefon pada satu botol air minuman beralkali.
No telefonnya, 017 3085667

Spontan otak saya mentafsir...3085667 tersebut

"Aktif melaksanakan tanggungjawab untuk mencari peluang rezeki bagi menambah kewangan jemaah".



Tidak mungkin ia satu kebetulan..semuanya ada dalam ketetapan Allah hatta no telefonpun