18 Nov 2014

WARNA AURA MENGIKUT HARI

Jom saya kongsikan mengenai AURA mengikut hari, artikel ini saya ambil dari blog tuan Hilmi, http://voztalentsolutions.com.my/?p=226

ISNIN (Putih)
Maksudnya: Kesucian Rohani. Hari Isnin adala hari untuk Meeting atau Mesyuarat untuk merancang pada minggu ini.

SELASA (Merah Jambu/ Ungu) 
Maksudnya: Kasih sayang/ Tumpuan. Juga sebagai warna terapi kerana hari selasa adalah hari yang panas di mana Allah  mencipta binatang berbisa di bumi pada hari ini dan Anak Nabi Adam Habil& Qabil juga berlaku kisah pergaduhan dan pembunuhan di antara mereka pada hari ini. Sesiapa yang lahir pada hari ini akan mengalami sikap panas baran dan mudah marah kerana hari Selasa ialah hari yang panas.
Pada hari ini kurang atau tidak digalakkan untuk berjumpa orang ramai hanya melakukan Operasi Kerja sahaja dan selesaikan apa yang patut.

RABU (Biru) 
Maksudnya: Perhubungan/ Komunikasi. Pada hari ini hari untuk “Closed- Deal” setelah perjanjian di buat pada hari isnin atau hari-hari sebelum hari Rabu. Untuk appointment atau berjumpa orang ramai sangat digalakkan pada hari ini kerana hari ini ialah hari kekuatan untuk komunikasi.

KHAMIS (Kuning/ Oren) 
Maksudnya: Pemikiran/ Tenaga.  Pada hari ini hari untuk menyelesaikan apa jua yang tertangguh seperti menjelaskan hutang dan juga boleh sebagai hari “Closed- Deal”. 

JUMAAT (Hijau/ Turqoise) 
MAksudnya: Keseimbangan. Hari Jumaat dikenali sebagai hari untuk ” Post-Mortem” cek kembali apa yang dilakukan pada minggu ini dan adakah sasaran tercapai. Juga hari untuk bermuhasabah diri dan memohon keampunan atas segala dosa dan kesilapan yang telah dilakukan. 

SABTU (Merah/ Merah Hati) 
Maksudnya: Keberanian/ Tuah/ Kemewahan. Hari ini adalah hari untuk mencuba sesuatu yang baru atau mendalami sesuatu ilmu yang baru. Juga boleh dikatakan hari yang santai untuk berehat bersama keluarga, menonton wayang dan apa jua aktiviti baru yang ingin dilakukakan sesuai pada hari Sabtu hari yang santai.

AHAD (Hitam)
Maksudnya: Gabungan/ Istirehat.Hari Ahad adalah hari untuk merancang aktiviti pada minggu hadapan dan mengumpul segala kekuatan dan tenaga untuk bergerak aktif bermula Isnin.Hitam kerana untuk block segala aktiviti supaya tenaga dapat dikumpulkan dan dapat merancang sebaik mungkin untuk minggu hadapan.

KOD RAHSIA MH 370

Tiba - tiba hari ini saya terfikir untuk melihat makna di sebalik nombor MH 370.
Apa ada pada nombor  37?

3 membawa maksud Aktif, Pelaburan
7 membawa maksud Fenomena, Pengaruh, Networking.

Selalunya no 37 ini melambangkan sesuatu yang menghasilkan pengaruh yang besar, dan ia mungkin membawa FENOMENA.

MH = 48

4837 membawa maksud "Perancangan yang bertanggunjawab mencetuskan FENOMENA"

Maka itulah yang berlaku atas kehendakNya.

Wallahualam.