17 Nov 2014

ILMU METAFIZIK MENAJAMKAN RASA BERTUHAN

Sering kali kita belajar tentang sesuatu ilmu terutama ilmu dari "barat", dan tanpa kita sedar kita tidak kaitkan langsung dengan rasa bertuhan.
Kita seakan mensekularkan ilmu itu dan memisahkannya dari agama..Sedangkan segala ilmu di dunia ini adalah milik Allah jua hatta ilmu sihirpun.
Sejak saya membuka minda untuk menerima ilmu metafizik, saya semakin merasakan lebih faham tentang diri dan kehidupan.
Benarlah kata hukama," jika engkau mengenali dirimu dengan sebenar-benarnya maka engkau akan kenal dan dapat merasai kehebatan dan keagungan penciptamu iaitu Allah SWT".
Kita akan semakin faham dengan percaturan Allah terhadap diri kita, design Allah itu ke atas hambaNya adalah sangat adil..terpancar kasihsayangNya kepada kita selaku hambaNya.

Benarlah sekali doa ini,
"Tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya hamba Mu ini termasuk golongan yang menzalimi diri sendiri"

Sesungguhnya memang benarlah segala keburukan itu datang dari kita sendiri yang tersilap membuat pilihan dikeranakan tidak kenal Tuhan dan diri sendiri... manakala segala kebaikan itu datang dari Allah jua.

Wallahualam.

METAFIZIK BUKAN SYIRIK

Salam ceria,

Saya Dr Hapiza, saya suka untuk berkongsi ilmu metafizik dengan pembaca blog ini..sebenarnya sudah lama saya tidak berblog, hari ini saya ambil keputusan untuk kembali berblog dengan blog baru ini.

17 11 2014

Semuga pembaca blog ini mendapat manafaat dari blog ini...jangan malu-malu untuk hantar komen atau pertanyaan. Bagi yang berminat untuk dapatkan coaching mengenai metafizik, sila hubungi saya.

Sekian buat kali ini.

Ilmu Metafizik bukan syirik ye..saksikan video ini..



METAFIZIK DI HATIKU...

KAEDAH WARNA DAN ELEMEN IKUT NO KOD DIRI