Pakai baju warna apa hari ini?..oren?...jika oren, tentu tuan cik puan rasa berenergi dan penuh dgn idea baru..
Apapun, banyakkan berdoa yang baik-baik dan berfikiran positif..jangan biarkan aura negatif menyelubungi diri..
Buang rasa marah, rasa sedih, rasa geram...positifkan diri dengan pergi merehatkan minda dengan melihat pemandangan cantik, berrekreasi dan sebagainya.
Window shoppingpun boleh...:)
Baiklah saya nak berkongsi sedikit dengan apa yang ilmu metafizik boleh membantu pembaca semua.
Jom baca ye.
1E - Explore Your Potential
Iaitu menyelidik potensi kekuatan dan kelemahan anda dari pola-pola pernomboran tarikh lahir, nama dan nombor handphone serta plet kenderaan. Dengan ini memudahkan anda kenali potensi yang belum anda gunakan sebelum ini seperti pola 573, 426 dan seumpamanya.
2E - Engineer Your Life Direction / Destiny
Iaitu membangunkan infrastruktur dan strategi baru untuk hidup anda menggunakan kaedah arah, kitaran tahunan, kaedah cari hari dan masa untung.
3E - Enhance Your Self Worth
Iaitu membangunkan kemantapan diri dari teknik pembetulan sahsiah diri dari teknik 459, 729 dan seumpamanya supaya anda yakin dengan kemampuan dan keupayaan diri anda untuk mencipta kejayaan. .
4E - Empower Your People
Iaitu dari teknik gabungan untuk kenali gabungan yang berpotensi bagus serta bagaimana menggunakan orang lain untuk menjayakan potensi anda. Juga bagaimana untuk mengenali / menjadikan rakan kongsi/ teman anda satu cara untuk membantu anda berjaya. .
5E - Enrich Your Life
Iaitu menggunakan teknik metafizik untuk tingkatkan tenaga metafizik untuk berjaya seperti penggunaan teknik dan bahan metafizik seperti batu gemstone/ kristal, waktu/ teknik berdoa dan seumpamanya.
iaitu bagaimana menggabungkan kesemua teknik yang dipelajari dan merealisasikan strategi kejayaan anda supaya anda beroleh kejayaan dan anda menikmati kejayaan itu dengan baik.
Ok selamat berhari minggu semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan