28 Nov 2014

RAHSIA 79 dan FAKTA YANG MENGEJUTKAN TENTANG WANG KERTAS

Salam ceria,

Emas adalah aset yang sentiasa berharga sepanjang zaman, ia bukan seperti wang kertas yang sentiasa dilanda inflasi dan menyebabkan nilainya susut sepanjang waktu.


Harga emas nilainya tidak berubah, jika Rasulullah SAW pernah membeli kambing dengan harga satu dinar emas 1500 tahun dulu, sekarangpun di Malaysia dan di negara lain, nilai seekor kambing masih boleh didapati dengan harga sedinar emas.

Manakala nilai 50 sen yang dibawa pelajar sekolah tahun 1980an dulu, yang boleh membeli nasi lemak serta kuih dan air sirap, sekarang ini sudah bernilai rm4-rm5 untuk mendapatkan makanan yang sama. Alangkah cepatnya duit kertas menyusutkan!!!!..

Itulah sebabnya emas disebut dalam HADIS RSAW

 Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Apa kaitan nombor 79 dengan emas?

Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbolAu (L. aurum) dan nombor atom 79


Menurut ilmu metafizik, 79 membawa maksud pengaruh atau teman yang membawa kpd kebahagiaan dan kekayaan.

Jadi secara tidak langsung, no 79 memberi maksud sessuatu yang sangat bernilai dan kerana itu ia disimbolkan dengan no 79. Adakah ahlia kimia tahu maksud 79 mengikut ilmu metafizik, tentu sekali tidak. Ia bukan kebetulan tapi ilmu Tuhan yang tersirat yang diilhamkan pada hambaNya.

Bagaimanapun, di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua betapa tertipunya kita dgn wang kertas. 



Jom kita saksikan video di bawah ini yang menunjukkan bagaimana kita tertipu dengan nilai wang kertas, sama-sama kita saksikan.

AMAT MENGEJUTKAN DAN MENAKUTKAN!!!!!!!!

Saya menyeru mari kita sama-sama menyimpan emas dan perak untuk menyelamatkan aset kita.